Saturday 16 February 2013

Kewajipan Bergabung Di Bawah Negara Khalifah (MyKhilafah.com)


Asslamualaikum kepada para pembaca blog Fikri Roslan. Artikel ini saya ambil dari MyKhilafah.com. Jadi para pembaca boleh membaca artikel selebihnya di sana.

Sudah sekian lama umat Islam hidup dalam keadaan terpecah belah kepada negara-negara bangsa. Bermula dari penjajahan Barat ke atas Daulah Islam lebih kurang satu abad yang lalu sehinggalah kepada hancurnya Khilafah secara rasmi pada 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924), Barat telah berjaya menghancurkan kesatuan kaum Muslimin dan memecah belah umat Islam,daripada satu negara,kepada lebih daripada 50 buah negara. Setelah puluhan tahun diracun dengan pemikiran assabiyyah dan wathaniyyah serta dipalingkankesetiaan mereka kepada entiti politik baru yang disebut sebagai negara bangsa, umat Islam yang dahulunya bersatu di bawah satu payung pemerintahan sahaja, mulai melupakan ketentuan dalam agama mereka tentang kewajipan bersatu di bawah kepemimpinan seorang Khalifah. Bahkan, sebahagian dari mereka, termasuklah para ulama dan cendekiawan sampai menyatakan bahawa ajakan bersatu dalam satu negara merupakan hal yang tidak ada dalam ajaran Islam atau merupakan suatu idea yang khayal. Begitulah berjayanya Barat dalam memesongkan akidah dan pemikiran umat bagi memastikan umat Muhammad ini tidak akan kembali hidup dalam satu negara di bawah kepemimpinan seorang Khalifah. 

Namun, makar Barat itu tidak mungkin dan tidak akan berjaya selama-lamanya. HizbutTahrir, sejak penubuhannya di Al-Quds pada tahun 1953 hinggalah kini, secara istiqamah menyedarkan umat Islam di seluruh dunia akan perancangan Barat yang jahat ini dalam memecah-belahkan kesatuan umat. HizbutTahrir berjuang untuk mengembalikan kehidupan Islam (isti’naf al-hayah al-Islamiyyah) dengan menegakkan kembali Daulah Khilafah ala minhaj nubuwahbagi menyatukan semula umat Muhammad di bawah kepimpinan seorang Khalifah yang akan menerapkan hukum Allah secara kaffah di muka bumi ini. Dengan pertolongan Allah Azza Wa Jalla, seruan dan usaha HizbutTahrir di seluruh dunia yang tidak pernah kenal jemu, penat dan lelah ini telah semakin membuahkan hasil. Kesedaran umat semakin meningkat. Kehendak umat kepada penyatuan semakin membara. Kerinduan umat untuk hidup di dalam Negara Khilafah semakin tidak dapat dibendung. Umat yang dahulunya teracun dengan pemikiran Barat kini telah semakin pulih. Umat yang dahulunya terlena kini telah bangkit. Kekuatan telah mula menjalar dalam tubuh umat ini dan tidak ada apa lagi yang dapat melemahkannya. Umat Islam kini sedang kembali untuk menjadi umat yang bersatu, bukan hanya sebatasperasaandan berhenti padatataran individu sahaja, namun sedang menuju kepada kesatuan sebuah negara. Para pejuang Islam, baik di Syria mahupun di negeri lainnya sedang menyatukan umat yang mulia ini untuk bernaung di bawah Negara Khilafah yang akan dipimpin oleh seorang Khalifah.

Umat Islam Wajib Bersatu Di Bawah Satu Kepimpinan Khilafah

Allah SWT mewajibkan umat Islam berada di bawah kepimpinan seorang UlilAmri. FirmanNya, 

“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilahRasulNya dan ulilamri di kalangan kamu” [TMQ an-Nisa’(4):59]. 

Dalam ayat ini, Allah SWT memerintahkan kaum Muslimin untuk mentaatiNya, mentaati RasulNya dan juga UlilAmri(seorang pemimpin) bagi seluruh kaum Muslimin. Lafaz “di kalangan kamu” bermaksud di kalangan kaum Muslimin tanpa mengira bangsa mahupun keturunan mahu pun di mana mereka berada. Ini bererti semua kaum Muslimin baik yang berada di Malaysia, Indonesia, Syria, Iraq, Pakistan, Arab Saudi, Eropah dan lain-lain, wajib memiliki dan mentaati “seorang” pemimpin sahaja di kalangan mereka. Berdasarkan nas yang jelas lagi tidak terbantah, sesungguhnya pemimpin bagi kaum Muslimin itu tidak lain dan tidak bukan ialah seorang Khalifah yang dibaiah dengan cara yang hak. Justeru, umat Islam wajib bersatu di bawah kepimpinan seorang Khalifah sahaja dan haram berada dalam keadaan terpecah belah dan mempunyai lebih dari seorang pemimpin sebagaimana sekarang.

Rasulullah SAW bersabda, 

“Siapa saja yang datang kepada kalian, sedangkan urusan kalian berada di tangan seseorang (Khalifah), kemudian dia hendak memecah-belah kesatuan kalian, maka bunuhlah dia” [HR Muslim].

Hadis ini menjelaskan, bahawa ketika kaum Muslimin memiliki satu jamaah di bawah pemerintahan seorang Khalifah, lalu ada orang yang datang untuk memecahkankesatuan mereka, maka orang itu wajib dibunuh. Ini bererti, wajib bagi kaum Muslimin untuk berada di bawah naungan satu pemerintahan sahaja dan haram bagi sesiapa pun untuk memecah-belahkan kesatuan pemerintahan ini. Sabda baginda yang lain, 

“Siapa saja yang telah membaiat seorang Imam (Khalifah) lalu memberikan huluran tangan dan hatinya, hendaklah ia mentaatinya semampunya. Jika ada orang lain yang hendak merebut kekuasaannya, maka penggallah leher orang itu” [HR Muslim].

Hadis ini juga menjelaskan bahawa ketika umat Islam telah membaiat seseorang menjadi Imam/Khalifah, maka hukum mentaatinya adalah wajib. Apabila ada orang lain yang ingin merebut keKhilafahan tersebut, maka Rasulullah SAW memerintahkan dengan tegas untuk membunuh pelakunya, yang membawa erti keharaman tindakan merebut kekuasaan dari seorang Khalifah yang telah dibaiahsecara sah oleh kaum Muslimin.

Dari Abu Said al-Khudri ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, 

“Apabila dibaiat dua orang Khalifah, maka bunuhlah yang terakhir dari keduanya”
 [HR Muslim]. 

Hadis ini berbentuk mutlak, tanpa batasan. Ertinya,untuk umat Islam di seluruh dunia, tidak boleh (haram) adanya dua orang pemimpin pada masa yang sama. Dari Abu Hurairah rabahawa Nabi SAW bersabda,

“Dahulu, Bani Israel dipimpin dan dipelihara urusannya oleh para Nabi. Setiap kali seorang Nabi wafat, digantikan dengan Nabi yang lain. Sesungguhnya tidak akan ada Nabi sesudahku. (tetapi) nanti akan ada ramai Khalifah'. Para sahabat bertanya, 'Apakah yang engkau perintahkan kepada kami?' Baginda menjawab, 'Penuhilahbai'at yang pertama dan yang pertama itu sahaja. Berikanlah kepada mereka hak mereka, kerana Allah nanti akan menuntut pertanggungjawaban mereka tentang rakyat yang dibebankan urusannya kepada mereka” [HR Muslim]. 

Hadis ini juga bersifat mutlak di mana seluruh umat Islam diwajibkan untuk menunaikan satu baiat sahaja iaitu baiat kepada Khalifah pertama yang dilantik secara sah dan jika dilantik lagi Khalifah yang lain, maka haram hukumnya dan tidak ada kewajipan untuk mentaati Khalifah yang kedua tersebut.

Sesungguhnya umat Islam sekarang sudahtidak mempunyai seorang pun Khalifah sejak digulingkan Khalifah Abdul Majid II di Turki pada 3 Mac 1924, yang merupakan Khalifah yang terakhir bagi kaum Muslimin. Pemerintahan Khilafah Uthmaniyyahyang terakhir itu kemudiannya diganti dengan pemerintahan republik sekular Turki, dengan Mustafa Kamal Attartuk (semoga Allah melaknatnya) menjadi Presidennya yang pertama. Sehingga kini, setelah lenyapnya Negara Khilafah, sudah tidak ada seorang Khalifah pun yang dibaiat oleh umat Islam dengan cara yang sah, tetapi yang ada ialah presiden, perdana menteri, raja-raja dan sebagainya yang memerintah negara demokrasi, monarki, diktator dan lain-lain. Justeru, sejak awal penubuhannya hingga sekarang, HizbutTahrir telah dan sedang berusaha menegakkan kembali Negara Khilafah yang kini dengan izin Allah, bibit-bibitnya telah semakin jelas kelihatan. Apabila Negara Khilafah berdiri sedikit masa lagi, maka berdasarkan nas-nas yang telah disebutkan, wajib bagi seluruh umat Islam tanpa mengira di negara mana mereka berada, untuk melakukan baiah taat kepada Khalifah dan seterusnya menggabungkan keseluruhan wilayah kaum Muslimin ke dalam Negara Khilafah yang baru muncul tersebut.  

Ijma’ Sahabat Dan Ulama: Wajib Mempunyai Seorang Khalifah Sahaja

Kewajipan bersatu di bawah naungan seorang pemimpin bukan sahaja jelas berdasarkan Al-Quran dan Al-Hadis, ia telah ditunjukkan oleh para sahabat dan dinyatakan oleh para ulama muktabar. Sebaik sahaja Rasulullah SAW wafat, para sahabat terus menyibukkan diri mereka untuk melantik seorang Khalifah bagi menggantikan baginda dalam rangka memerintah dan menguruskan kaum Muslimin. Di dalam pertemuan yang berlangsung di Saqifah Bani Sai’dah untuk memutuskan hal pelantikan pemimpin, para sahabat telah berijma’ (bersepakat) melantik seorang Khalifah dan menolak pendapat salah seorang yang hadir yang ingin melantik dua pemimpin yang berbeza yakni satu untuk kaum Ansar dan satu untuk kaum Muhajirin. Begitulah ijma’(kesepakatan) sahabat di sepanjang hidup mereka di mana mereka hanya sepakat untuk melantik seorang Khalifah sahaja bagi seluruh kaum Muslimin yang bermula dari Khalifah Abu Bakar ra sehinggalah Khalifah Ali ra. Walaupun wilayah Islam pada masa itu terus meluas hingga meliputi seluruh Jazirah Arab, Syam, Mesir dan Parsi, jumlah Khalifah tetap “seorang” sahaja, manakala untuk setiap wilayah, wali-wali dilantik untuk mewakili Khalifah dalam pemerintahan. Ijma’ sahabat ini terus dipegang teguh oleh umat Islam di sepanjang sejarah Islam yang mana kaum Muslimin hanya mempunyai seorang sahaja Khalifah yang sahdan mereka faham bahawa haram untuk memiliki lebih dari seorang pemimpin pada satu-satu masa.

Ramai di kalangan ulama yang memiliki pandangan yang sama yakni umat Islam wajib mempunyai seorang pemimpin (Khalifah) sahaja pada satu-satu masa. Imam al-Mawardi berkata, 

“Apabila Imamah (Khilafah) diakadkan kepada dua orang Imam (Khalifah) di dua negeri yang berbeza, maka Imamah keduanya tidak sah, sebab umat tidak boleh memiliki dua orang Imam dalam satu waktu” [Al-Ahkam as-Sulthaniyyah wa al-Wilayat ad-Diniyyah]. 

Imam Abu Ya’laa Al Farra’ berkata, “Tidak boleh ada akad Imamah kepada dua orang Imam (Khalifah) di dua negeri yang berbeza pada satu waktu” [Al-Ahkam as-Sulthaniyyah].

Imam Ibnu Hazm berkata,

“Tidak dihalalkan adanya Imam (Khalifah) di seluruh dunia kecuali hanya satu” [Al-Muhallaa bi al-Atsar]. 

Bahkan di dalam MaratibulIjma’, Ibnu Hazm menghitung masalah ini sebagai hal yang disepakati oleh para ulama, beliau berkata,

“Dan mereka (para ulama) bersepakat bahawa tidak boleh ada dua Imam bagi kaum Muslimin pada satu waktu di seluruh belahan dunia, baik kedua Imam itu saling berdamai atau pun bermusuhan, baik keduanya ditempat yang sama mahupun di dua tempat yang berbeza”. 

Imam an-Nawawi berkata, 

“Para ulama telah sepakat bahawa tidak boleh dilakukan akad kepada dua orang Khalifah pada satu waktu, baik wilayah Darul Islam itu meluas atau pun tidak” [Syarah Sahih Muslim]. 

Syeikh Abdur Rahman al-Jaziri menyatakan bahawa hal tersebut merupakan perkara yang disepakati oleh empat mazhab, 

“Para imam (Maliki, Syafie, Hanafi dan Hanbali) -semoga Allah merahmati mereka- telah bersepakat bahawa Al-Imamah(Khilafah) itu wajib, sebab umat mesti memiliki seorang pemimpin bagi menegakkan syariat-syariat agama serta membela orang-orang yang dizalimi dari kezaliman orang-orang yang zalim dan bahawa tidak boleh ada dua orang Imam (Khalifah) bagi kaum Muslimin di seluruh dunia dalam satu waktu, baik dua Imam tersebut sepakat atau pun bermusuhan”[Al Fiqh ‘Ala al-Madzahib al-Arba’ah].

Sejarah Yang Wajib Diteladani

Siapa pun yang mengkaji sejarah tanpa perlu pengkajian yang mendalam pun akan mengetahui bahawa Rasulullah SAW telah berjaya mendirikan DaulahIslam yang pertama di Madinah setelah berjuang selama 13 tahun di Mekah. Setelah itu, baginda berhasil membuka Mekah, lalu digabungkan ke dalam pemerintahan yang sama yang berpusat di Madinah. Tidak lama setelah Perang Tabuk, wilayah Selatan Jazirah Arab iaitu Yemen, Hadhramaut dan Oman telah bersedia menyatakan keIslaman mereka dan mentaati Daulah Islam. Belum genap tahun ke-9H, beberapa utusan dari negeri-negeri sekitar datang susul-menyusul menyatakan keIslaman mereka dan penduduk kawasan mereka. Berikutnya, penguasaan Daulah Islam terhadap seluruh Jazirah Arab telah sempurna yang meliputi hingga ke daerah perbatasan Rom. Kesemua daerah ini digabungkan oleh Nabi SAW ke dalam Daulah Islam di bawah satu pemerintahan di mana baginda sebagai satu-satunya ketua negara. 

Selepas kewafatan Nabi SAW, medan dakwah dan perbatasan Daulah Islam diperluaskan lagi oleh keempat-empat orang Khalifah sehingga mereka berjaya menundukkan Rom dan Parsi. Kesemua negeri yang baru dibuka telah dimasukkan ke dalam Daulah Khilafah di bawah kepimpinan seorang Khalifah. Dengan kata lain, kesemua wilayah yang baru dibuka telah digabungkan ke dalam pemerintahan Islam yang satu. Begitulah jua apa yang dilakukan oleh para Khalifah Bani Umayyah, Khilafah Abbasiyyah dan Khilafah Uthmaniyyah, mereka membuka wilayah-wilayah baru dan menggabungkannya ke dalam Daulah Khilafah, sehinggalah Islam berjaya menakluki hampir dua pertiga dunia. Negara Khilafah menjadi super power dunia, menerapkan hukum Allah, menzahirkan Islam  dan menyebarkan rahmat di seluruh penjuru alam. Wilayah Islam yang begitu luas yang merangkumi Timur dan Barat dunia ini, kesemuanya bergabung di bawah satu pemerintahan dan satu kepimpinan. Umat Islam berada di bawah naungan Negara Khilafah yang satu, selama lebih kurang 13 abad, sehinggalah ke masa kehancurannya akibat pengkhianatan pemimpin mereka sendiri yang bekerjasama dengan Barat.

Justeru, dalam lintas sejarah yang amat panjang, lebih kurang 1400 tahun, hanya Khilafah Islamiyyah yang merupakan satu-satunya negara adidaya yang berhasil menyatukan pelbagai keragaman warga negaranya di bawah satu bumbung yang meliputi Asia Barat, Asia Tengah, India, Afrika, sebahagian Eropah hinggalah menjamah ke Nusantara. Dengan kekuasaan seluas itu dan keragaman warga Negara Khilafah yang tidak hanya menyangkut etnik, ras, keturunan, warna kulit, bahasa dan kebudayaan semata-mata, bahkan merangkumi pelbagai agama, keyakinan dan kepercayaan warganya, Khilafah tetap berjaya menyatupadukan manusia amnya dan umat Islam khususnya di bawah satu negara. Umat manusia -bukan hanya umat Islam- ternyata telah hidup bersatu, aman-damai dan saling berinteraksi dengan baik antara satu sama lain meski pun memiliki banyak perbezaan dalam pelbagai aspek. Semua ini terealisasikerana karakter ideologi Islam itu sendiri (yang dimanifestasikan dalam bentuk penerapan syariah oleh Negara Khilafah) yang bersifat kaffatanlinnas (sempurna bagi semua manusia) dan rahmatan lil-alamin (memberikan rahmat bagi seluruh alam). 

Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat di atas, yang diikuti oleh para Khalifah sesudahnya, wajib diteladani (diikuti) pula oleh kita. Meneladani perbuatan Rasulullah dan para sahabat bermaksud wajib bagi umat Islam berjuang menegakkan Negara Islam dan bersatu di bawah satu negara (Khilafah) dengan seorang pemimpin (Khalifah) yang akan menerapkan Kitabullah dan Sunah RasulNya. 

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Nas dan bukti apakah lagi yang kalian mahu tunggu sebelum kalian mula bergerak untuk menegakkan Khilafah? Adakah kalian menunggu kemurkaan dan azab Allah tertimpa ke atas kalian dahulu sebelum kalian ingin mula melangkah? Bergeraklah sekarang wahai hamba Allah! Bergeraklah ke arah kemuliaan yang Allah SWT telah sediakan untuk kita. Bergeraklah untuk menegakkan Khilafah. Sahutlah seruan dan bergabunglah dengan HizbutTahrir untuk kita sama-sama mengusahakan kewajipan ini. Saudara-saudara kita di Syria sudah hampir mencapai kemenangan untuk menumbangkan rejim Bashar dan seterusnya menegakkan Khilafah di bumi Syam yang diberkati. Semoga Allah memberikan kepada mereka kekuatan dan kemenangan. Apabila mereka berhasil mendirikan Khilafah dengan izin Allah, maka menjadikewajipan atas kita semua untuk bersatu dan bergabung dengan Negara Khilafah yang bakal berdiri nanti. Sesungguhnya kita adalah umat yang satu dan negara kita ialah negara yang satu. Bersedialah wahai kaum Muslimin! Bersedialah untuk bergabung dengan Negara Khilafah tatkala ia berdiri sedikit masa lagi Insya Allah.

Pesanan saya untuk menjadi insan berguna di dunia ini, bacalah buku. Saya cuma beli buku dari satu tempat ini saja sebab harga dia murah. So kalau nak beli, click la link yang saya telah attach dia bawah ini.





No comments:

Post a Comment