Saturday 21 September 2013

Hidden Histories of The Malays


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca blog Fikri Roslan. Topik yang dipilih adalah berdasarkan pemahaman saya terhadap sejarah Melayu yang telah lama hilang. Saya sebagai bangsa Melayu mengetahui perkara-perkara ini melalui perbincangan, pembacaan dan sebagainya.

Ok...

Gambar yang dipaparkan di atas itu merupakan kawasan yang didiami bangsa Melayu suatu ketika dahulu. Kita diajar di 'sekolah' sejarah bangsa Melayu zaman dahulu. Kalau dilihat melalui buku teks sejarah sememangnya menceritakan sebuah bangsa Melayu yang agak RIGID.

Pernah dengar nama kerajaan ini?

1. Champa
2. Funan
3. Majapahit
4. Langkasuka
5. Dan lain-lain

Mana pergi semua bangsa Melayu yang mendiami kerajaan tersebut?

 jom kita baca selanjutnya....

     Suatu ketika dahulu bangsa Melayu merupakan bangsa yang unik kerana mempunyai daya intelek yang tinggi. Kita merupakan bangsa pertama yang mengelilingi dunia. Fakta sejarah kini mengatakan bahawasanya orang Barat itu yang telah berjaya mengelilingi dunia. Ok.. Secara logiklah... Lupa nama sebenarnya tulis ni... Tapi faham2 laa... Ok... Pelayaran orang Melayu yang pertama mengelilingi dunia ialah menumpang seorang pedagang Barat. Yup... Dia ikut orang Barat tersebut ke seluruh dunia. TAPI orang Barat itu meninggal dunia di Filipina. Namun, orang Melayu tersebut sampai semula ke pelabuhan permulaan perlepasan tersebut...
Fikirkan logiknya...

     Kalau kita lihat dalam buku teks sejarah, tertulis bahawa orang Melayu kalah di Melaka kerana penggunaan senjata Tradisional. Namun, hakikatnya Melaka jatuh kerana pengkhianatan orang Melayu itu sendiri. Melaka masa itu mempunyai 3000 meriam. Meriam orang melayu direka sendiri oleh orang Melayu dengan campuran ilmu sedikit dari Daulah Uthmaniyyah. Meriam Melayu adalah merupakan meriam terbaik pada masa itu. Malah orang Barat bawa balik teknologi tersebut ke tempat mereka untuk dipelajari dan digunakan untuk memusnahkan orang-orang Islam di seluruh Eropah dan Asia Tenggara. Siapa yang cipta Lela Renteka? Orang Melayu... Fikrikan logiknya...

     Ok... Kita undurkan sedikit zaman... CHAMPA... Sebuah kerajaan Agraria dan Maritim yang unggul di Asia Tenggara. Ia merupakan kerajaan Melayu dan terletak di Vietnam. Sekarang dimanakah mereka? Pernah terfikir... Ada satu ceramah saya pergi... Selepas kejatuhan Champa, orang Melayu di sana dibunuh semua sekali untuk menutup identiti bangsa mereka di sana. Oleh itu penggantinya adalah siapa? Fikrikan logiknya...

     Sebenarnya bangsa Melayu telah lama menggunakan senjata api. Ok... Kalau kita tengok filem Melayu sekarang, Sultan, hulubalang, pembesar mahupun rakyat mesti seluk keris dalam samping atau songket mereka. Adakah bangsa Melayu ketinggalan teknologi? TIDAK!!! Malah mereka mendahului teknologi... Itu FILEM... Cuba kaji fakta sebenar... Sultan, hulubalang, rakyat dan pembesar sudah pun menggunakan senjata api. Sudah diberitahu tadi Melaka jatuh kerana belotnya bangsa Melayu itu sendiri. Ada yang lari... Ada yang bagitahu lagi kelemahan Melaka. Akhirnya apa yang terjadi... 

     Dalam buku sejarah ada mengatakan terdapatnya sultan-sultan dia Sumatera dan kawasan lain di Indonesia... Ke manakah hilangnya mereka? Tanya orang Sumatera mereka akan jawab Revolusi Sosial ataupun lebih dikenali sebagai Tragedi September 1946. Sultan-sultan dibunuh. Kaum kerabat mereka dibunuh. Ada yang dirogol. Lebih menyedihkan dirogol di hadapan sultan itu sendiri seperti Sultan Langkat. Matlamatnya adalah Republik. Slogannya adalah Ketuanan Rakyat dan Daulat Rakyat berbanding Daulat Tuanku. Akhirnya menyesal tidak sudah orang Melayu di sana. Mereka takut memakai baju Melayu, tidak berani meletakkan Wan dan nIk pada nama hadapan mereka dan sebagainya semata-mata ingin mendapatkan keistimewaan pendidikan dan sebagainya. Namun, setelah rampasan kuasa oleh Jeneral Suharto akhirnya semua itu tamat. Namun, ia sudah 2 generasi berlalu... Warisan Melayu di Sumatera hampir hilang. 

   Intihanya, apa yang saya ingin katakan bahawa orang Melayu sememangnya bangsa yang boleh berjaya dan di segani di dunia. Namun, kerana kekayaan dan kejayaan yang mengaburi mata bangsa itu sendiri yang membuatkan kita jatuh kerana pengkhiatan oleh bangsa itu sendiri.

    Ada banyak lagi yang hendak ditulis namun artikel ini sahaja sudah cukup sensitif. Renung-renungkanlah... Nanti kita lihat sejrah melayu Perak dan sebagainya.

Pesanan saya untuk menjadi insan berguna di dunia ini, bacalah buku. Saya cuma beli buku dari satu tempat ini saja sebab harga dia murah. So kalau nak beli, click la link yang saya telah attach dia bawah ini.





Sekian...

#peacenowar