Thursday 20 December 2012

Denggi dan Jabatan Kesihatan

Hari ini 21.12.2012 aku bangun pukul 10 dan terus ke bilik air nak mandi. Habis je mandi mestilah pakai baju dan semua perkara sebab hari ni hari jumaat. Apa lagi sebagai seorang Muslim baka kata orang KElantan Memey le moh pegi solat Jumaat. Entah betul ke tidak aku tulis ni. Ok! Balik kepada cerita utama yakni pasal nyamuk ni. Apa yang pelik dan special sangat ni? Cerita dia macam ini. Lepas aku prepare nak gi solat tiba-tiba datang pegawai-pegawai dari Jabatan Kesihatan Kajang kerana ada orang kena demam denggi dekat kawasan perumahan aku ni. Namanya Zainal Abidin. Macam nama artis tapi tak sebenarnya. diorang nak buat ispection bak kata orang Inggeris. Mana tau ada jentik-jentik ke kat dalam rumah. Lepas inspection pun diorang pergi. sebenarnya apa yang terjadi pagi tadi adalah sebagai langkah berjaga-jaga pihak berkuasa Kajang dalam membendeung kes-kes demam denggi. Pelbagai langkah diambil oleh pihak berkuasa mahupun kerajaan dalam menangani kes denggi ini. Namun, ada perkara yang amat racun berada dalam setiap diri rakyat Malaysia ini. Nak tahu apakah itu? Itulah penyakit malas nak berubah!... Maaf untuk saya tulis begitu tetapi itu adalah benar malah fakta walaupun sesetengah rakyat Malaysia itu tidaklah malas malah apalah hak saya untuk kata semua rakyat Malaysia Malas. Tetapi apa yang telah berlaku pada hari ini amatlah memberikan pengajaran kepada si mangsa supaya menjaga persekitaran rumah supaya menjadi lebih baik. Kerajaan yang diwakili oleh KEmenterian Kesihatan Malaysia, cehh macam ada perlawanan lak... gurau-gurau... Mereka sebagai pemimpin telah menjalankan antara tanggungjawab yang mereka mesti laksanakan iaitu kesihatan rakyat. Pelbagai pogram malah perkhidmatan telah dianjurkan oleh jabatan-jabatan kesihatan daerah di seluruh negara dalam membendung kes denggi ini semakin berleluasa. Tapi apakan daya, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan kerana rakyat Malaysia hanya pergi ke pogram tersebut hanyalah untuk bersuka-suka dengan keluarga mahupun rakan-rakan. Apakan daya~~ Jadi, kita sebagai rakyat Malaysia bersama-sama pada hari ini untuk mengubah diri kita kepada yang lebih baik. Antara yang boleh dilakukan untuk membendung kes ini semakin berleluasa adalah: 1. Meletakkan racun jentik-jentik dalam kolah mandi. Harus diingatkan bahawa racun ini tidak berbahaya kepada manusia malah anda boleh mendapatkannya di Hospital-hospital kerajaan mahupun swasta, klinik-klinik, jabatan kesihatan berdekatan rumah anda ataupun lebih gempak di kementerian kesihatan. 2. Buang semua takungan air yang berada di dalam rumag seperti pelapik pasu dan air dalam pasu. 3. Semburkan rumah sengan Aerosol setiap petang dan malam kerana nyamuk aktif pada waktu itu. Benda ini boleh didapati di mana-mana kedai runcit mahupun pasaraya. 4. anda boleh memikirkanny sendiri seperti goting-royong dan sebagainya. Sekian #peacenowar...

No comments:

Post a Comment