Friday 21 December 2012

Mustafa Kemal Ataturk Pemimpin Dilaknati Allah


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca blog ini. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana masih memberi saya untuk menulis artikel yang penuh berilmu ini. Seperti yang dilihat dalam gambar di atas, jelas beliau merupakan Bapa Kemrdekaan Turki yang dikenali sebagai Mustafa Kemal Atartuk. Beliau telah berjaya menjatuhkan kepimpinan khalifah dan menjadikan Turki sebagai sebuah negara sekular yakni perlembagaan tanpa menghiraukan agama. Kemunculannya bukannya menyatukan umat Islam, malah telah memecahbelahkan lagi keadaan umat Islam pada masa itu sehinggalah hari ini.

PRAKATA

Mustafa Kemal Atatürk atau nama penuh Gazi Mustafa Kemal Pasha adalah pengasas Republik Turki. Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi dan presiden Turki yang pertama.
Beliau membuktikan diri beliau sebagai komander tentera yang berjaya ketika berkhidmat dalam Pertempuran Gallipoli pada Perang Dunia I. Setelah kekalahan Empayar Uthmaniyyah di tangan Tentera Bersekutu, terdapat rancangan oleh Tentera Bersekutu untuk memecahkan negara Turki. Mustafa Kemal kemudiannya memimpin gerakan nasional Turki dalam apa yang kemudiannya menjadi Perang Kemerdekaan Turki.
Setelah kejayaan dalam Perang Kemerdekaan Turki dan dipilih sebagai Presiden Turki yang pertama, beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara. Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar bersesuaian dengan tuntutan semasa yang dikenali sebagai ideologi "Kemalisme". Ideologi ini bertujuan untuk menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular, positif dan bertindak rasional. Beliau memerintah dari tahun 1918 sehingga tahun 1934. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan dikebumikan di Ankara.
LATAR BELAKANG
sejarah telah membuktikan rekod buruk Mustafa ini sejak dari kecil lagi. Ada yang berpendapat Mustafa ini adalah seorang anak luar nikah yang telah dipogramkan oleh Yahudi untuk meruntuhkan Islam dan berkemungkinan bapa beliau adalah seorang Yahudi Donme iaitu Ali Riza suami kepada Zubeyde (Zubaidah). Ali Riza pula terkenal pula dengan sikapnya yang kuat minum arak dan terlibat di dalam angkatan tentera, selalu meninggalkan isterinya dan beliaulah yang bertanggungjawab menanamkan fahaman sekular kepada anaknya. Sejak Mustafa kecil lagi beliau ingin anaknya dididik dengan sistem Barat dan mempersiapkan diri dengan ideologi-ideologi sekular.



Ketika Mustafa Kemal mencapai usia 12 tahun, beliau dihantar ke sekolah tentera Selanik dan Manatir (kini Bitola, Republik Macedonia). Mustafa menyertai Akademi Tentera Uthmaniyyah di Manastir pada tahun 1895 dan ditugaskan di Damsyik. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai leftenan dan mula membabitkan dirinya di dalam gerakan reformasi sulit yang dipanggil 'Vatan ve Horriyet' yang membawa maksud 'Tanah air dan kebebasan'. Gerakan sulit ini aktif menentang Khilafah Uthmaniyyah yang dipimpin oleh Abdul Hamid II.

Keburukan Mustafa semakin terserlah apabila beliau tidak berminat dengan didikan agama dan beliau sering menentang serta membenci guru-guru agamanya di sekolah dan sebaliknya pula beliau cukup berminat dengan cara pendidikan di Barat, maka tidak hairanlah sekiranya beliau pernah mendapat pendidikan khas dari gereja Kristian selepas kematian bapanya yang diserang penyakit istentinal tuberculosis.

Di sinilah bermulanya usaha Kemal Ataturk dalam memusuhi Khalifah Uthmaniyah dan agama Islam. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau telah mengingatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran dunia Islam. Akhirnya pada tahun 1922, di zaman pemerintahan Sultan Mohammad IV sistem kesultanan dimansuhkan walaupun Sultan Abdul Majid masih lagi kekal di atas takhta sebagai boneka selepas pemansuhan sistem tersebut. 'Republik Turki' yang diimpikan oleh Ataturk telah dilaksanakan dengan rasminya pada tahun 1923 dab Ataturk tleha menjadi ketua negara yang pertama pada 20 Oktober 1923. Dengan terlantiknya pemimpin sekular agung ini, maka dengan rasminya sistem Khalifah tidak dibenarkan lagi beroperasi di Turki pada 3 Mac 1924. Dengan itu berakhirlah sebuah Daulah Islam yang agung yang menjadi benteng umat Islam di seluruh dunia ketika itu di mana telah digantikan dengan sebuah Daulah Sekular di bawah kepimpinan si laknatullah Mustafa Kemal Ataturk.

Khalifah dinasti Uthmaniyyah yang terakhir, Sultan Abdul Majid seperti yang berada di dalam gambar telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah khilafah di Turki pada Subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai pleh Laknatullah Mustafa Kemal melalui konspirasi jahat kafir Barat. Semuanya telah berlalu dan kehidupan umat Islam kini lemah tanpa ada pembela gara-gra si Kamal Ataturk keparat ini.

Di antara pembaharuan dan pemodenan besar yang dilakukan selain daripada menghapuskan sistem kekhalifahan Islamiah ialah:

a) Menandatangani Perjanjian Luzan
Pada awal abad ke-20 masihi, Mustafa Kemal Ataturk menandatangani satu perjanjian dengan Inggeris dan kuasa bersekutu Barat. Dalam perjanjian tersebut, terdapat empat syarat penting yang perlu di patuhi pleh beliau iaitu:

Sistem Kahlifah Islamiah mesti dihapuskan
Mengeluarkan atau menghapuskan sesiapa sahaja penyokong kalifah dan pejuang Islam dari bumi Turki mengguna pakai perlembagaan Turki baru (yang sekular)sebagai ganti kepada perlembagaan Turki lama yang mengikut syariat Islam. Jika dilihat kepada syarat-syarat perjanjian di atas jelas sekali beliau adalah anti ajaran Islam. Beliau cuba menghapuskan sistem Khalifah Islamiah yang telah wujud sejak dari zaman Khulafa' Ar-Rashidin lagi dan tidak mahu melaksanakan syariat ISlam dalam urusan pemerintahan Negara dan sekaligus mahu melaksanakan sistem pemerintahan sekular ciptaan barat Kristian dan akhirnya daulah Islamiah yang tegal berdiri akhirnya runtuh.

b) Menukar Peraturan Syariat Islam Dengan Undang-Undang Barat
Setelah berkuasa, Mustafa Kemal menukar undang-undang syariat Islam dengan undang-undang Barat sedikit demi sedikit iaitu di ambil sedikt undang-undang sivil dari Switzeland, undang-undang jenayah dari Itali, undang-undang perundangan dari Jerman dan lain-lain lagi. apa yang dilakukan adalah satu usaha ke arah mahu melaksanakan kehendak perjanjian Luzan dan bagi menghalang syariat Islam dri dilaksanakan di dalam sistem pemerintahan Turki.

c) Memisah Dan Mengasingkan Urusan Agama Dengan Politik Dan   Negara
Mustafa Kamal merupakan pemimpin Negara Islam pertama yang melakukan pemisahan antara agama dan politik. Bagi menjayakan pemisahan itu, beliau pernah menyebut "Tidak ada politik dalam agama dan tidak ada agama dalam politik". Ini beerti beliau  telah menerima dan melaksanakan fahaman sekular yang diambil dari Barat dan sitem pemerintahannya. Sistem ini memang bercanggah dengan ajaran Islam. Islam satu-satunya jaran yang lengkap dan sempurna, ajarannya meliputi segala urusan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Ajarannya meliputi akidah, syariat dan akhlak. Ajaran Islam tidak ada pemisahan antara agama dan politik Nabi SAW, para sahabat, para ulama dan lain-lain lagi. Semuanya menghayati keseluruhan ajaran agama yang merangkumi ketiga-tiga perkara pokok di ata. Mereka juga kuat beribadat, berpolitik, berniaga, bersukan dan lain-lain lagi.

d) Azan dalam bahasa Turki.
Setlah Mustafa berkuasa, beluai mengeluarkan perintah kepada semua rakyat Turki Islam supaya azan dilakukan dalam bahasa Turki, iaitu ditukar azan dari bahasa Arab kepada bahasa Turki. Sedangkan azan disyariatkan oleh Rasulullah SAW dalam bahasa Arab sebagaiman yang kita ketahui. Syariat ini berjalan semenjak dahulu sampai sekarang dan seterusnya sampai ke hari kiamat. Azan tidak boleh digunakan dalam bahasa lain selain bahasa Arab. Walaupun begitu Mustafa memaksa rakyat melakukan azan dalam bahasa Turki. Namun begitu, di beberapa tempat pedalaman umat Islam yang yakin kepada ISlam tetap melakukan azan dalam bahsa Arab secara senyap-senyap nagi mengelak dari diketahui oleh pihak berkuasa.

e) Al-Quran Dicetak Dalam Bahasa Turki
Bukan sahaja azan dipaksa dilaungkan dalam bahasa Turki malah Al-Quran juga dpaksa untuk dicetak dalam bahasa Turki dengan menggunakan tulisan rumi. Beliau tidak mahu al-Quran ditulis dan dicetak dalam Bahasa Arab sebagaimana ia diturunkan. Tindakan beliau ini merupakan satu jenayah besar dilakukan oleh beliau. Ulama ISlam dahulu dan sekarang sepakat mengharamkan al-Quran ditulis dalam tulisan selain bahasa Arab.

f) Memaksa Perempuan Membuka Atau Mendedahkan Aurat
Bagi membaratkan muslimat Turki dan menjauhkan mereka dari ajaran Islam yang sebenar, Mustafa Kemal memaksa mereka membuka hijab, mengharamkan pemakaian tudung tetapi beliau menggalakkan wanita Islam mendedahkan aurat, mendedahkan kepala dan menggalakkan memakai pakaian ala wanita barat. Manakala kaum lelaki dilarang memakai tarbus, serban dan dipaksa memakai topi keras seperti yang dipakai oleh orang barat Kristian. Dengan lama kelamaan rakyat Turki terus memakai pakaian seperti itu sehingga mereka seolah-olah orang Barat.

g) Ditukar Hari Cuti Umum Kepada Hari Ahad
Kalau sebelum itu seluruh negara Islam menjadikan cuti umum pada hari Jumaat, Mustafa Kemal merupakan pemimpib Islam pertama yang menukarkan cuti tersebut kepada hari Ahad sama seperti cuti di negara-negara barat kristian. Perubahan yang dilakukan ini jelas kepada kita bahawa beliau ingin mengikut cara Barat dan anti Islam. itu adanya agenda beliau yang tersendiri yang sedikit sebanyak cuba menarik umat Islam Turki meniru gaya Barat. Selain itu beliau juga menukar kalender Hijrah kepada kelender tahun Masihi seperti yang diamalkan di Barat. Kemudian lama-kelamaan umat Islam Turki lupa tahun Hijrah dan lupa cuti umum hari Jumaat. Akhirnya mereka lebih mesra dengan menggunakan cuti hari Ahad dan mengikut kalender tahun Masihi sehingga ke hari ini.

Lain-lain pembaharuan atau dosa yang dilakukan Kamal Ataturk
- Menghapuskan penggunaan kalender Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
- Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang Barat.
-Menghapuskan Kementerian Wakaf dan menghapuskan Kementerian Perundangan Syariah.
-Menukar Masjid Ayasopia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
-Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang jemaah.
-Membatalakan undang-undang waris, faraid secara Islam.
-Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
-Agama Islam telah digugurkan sebagai agama rasmi negara.

seteah Ataturk berjaya mensekularkan bumi Uthmaniyyah, banyak pula ulama yang masih teguh dengan amaln-amalan mereka dibunuh terutama ulama-ulama sufi dari pelbagai tareqat contohnya, halaqah-halaqah tareqat Naqsyabandiah, Qadiriyah dan Ghazaliah, mereka dianggap seperti kumpulan rahsia yang merancang untuk menjatuhkannya daripada tampuk pemerintahan. Ini dapat dilihat seperti mana kata-kata beliau yang bertajuk "Ataturk's Republic of Culture" yang boleh didapati di mana-mana kedutaan Turki yang mana beliau telah menyatakan bahawa republik Turki tidak akan didiami oleh syeikh-syeikh dan ahli-ahli Tareqat yang bersangkut-paut dengan alam kerohanian. Dengan kuasa yang ada, Ataturk telah membuat dasar pelaksanaan negara melalui ideologi Kemalismanya yang jauh menyimpang dari ajaran Islam.

Jelas lagi terbukti kebencian dan kesungguhan belaiu, si kamal Atatturk ini melenyapkan syiar Islam di bumi yang pernah membawa zaman kegemilangan Islam pada zaman dahulu kelak yang amat digeruni oleh musuh-musuh Islam termasuklah Rom Timur. Oleh kerana pelbagai pembaharuan yang bertentangan dengan Islam dilaksanakan di bumi ini, lama-kelamaan syiar Islam lenyap dan berkurang malah telah menjadikan rakyat serta negara Turki ini menjadi sekular sehingga ke hari ini.

Kematian Kamal Ataturk Yang Menyeksakan
Allah itu Maha Adil, di saat kematian Kemal Ataturk, Allah telah mendatangkan beberapa azab penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tidak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya, didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan, sakit jantung, penyakit darah tinggi, merasa panas sepanjang mas dan tidak pernah merasa sejuk bahkan sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Oleh kerana tidak tahan akan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka yang bertanggunjawab telah menghantar beliau ke tengah lautn dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Masa Besar, panasnya juga masih belum hilang! Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama tuki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya.

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi selama 15 tahun sehingga tahun 1953. Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah itu Maha Agung, bumi sekali lagi tidak menerimanya. Habis Ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihakan, ulama-ulama sezaman dengan Kemal Ataturk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi allah tidak akan menerima Kemal Ataturk.



Makan Mustafa Kemal Ataturk Laknatullah di celah batu-batuan marmar.

Inilah rentetan kisah sebenar Mustafa Kemal Ataturk yang membelakangi Islan dan Allah dan dalam masa yang sama ingin menjahanamkan Islam tetapi Allah swt itu maha berkuasa dan maha adil di atas setiap dosa-dosa yang dilakukan oleh Kemal Ataturk si laknatullah yang memusuhi dan ingin melenyapkan sinar Islam dari muka bumi ini. Berdasarkan keterangan di atas, benarlah bahawa Ataturk yang dikatakan Bapa Pemodenan Turki itu bukanlah wira anak bangsa, bahkan beliau lebih zalim daripada segelintir sultan-sultan terakhir Uthmaniyyah. Akhirnya pada 10 November 1938, Ataturk telah dicabut nyawanya dengan azab yang amat dasyat sekali. Cara kematian yang Allah datangkan pada Ataturk ini, sama seperti Allah lakukan kepada pemimpin-pemimpin zalim terdahulu, seperti Firaun dan Namrud. Allah hanya menggunakan air laut untuk menenggelamkan Firaun dan seekor nyamuk untuk membunuh Namrud.

H.S. Armstrong, antara seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul al-Zi'bu Al-Aghbar atau al-Hayah al-Khasah li taghiyyah telah menulis:


'Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. Nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Solonika.'


Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600 buah keluarga. Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095 Hijrah bersamaan 1683 Masihi tetapi masih menganut agama yahudi secara senyap-senyap. Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam bukunya Daunamah terbitan tahun 1377 Hijrah bersamaan 1957 masihi. Ada kumpulan agama yang masih menganggap diri mereka sebahagian daripada Bani Israel. Antara mereka ada satu kumpulan iaitu kumpulan Daunamah yang Islam hanyapada zahir tetapi mengamalkan ajaran Yahudi secara senyap-senyap.

Pesanan saya untuk menjadi insan berguna di dunia ini, bacalah buku. Saya cuma beli buku dari satu tempat ini saja sebab harga dia murah. So kalau nak beli, click la link yang saya telah attach dia bawah ini.





No comments:

Post a Comment