Saturday 22 December 2012

Persoalan Yang Ditanya Orang Kafir Mengenai Islam



Asslamualaikum kepada para pembaca blog fikri roslan ini. Semoga sentiasa mendapat berkat dan ilmu daripada blog ini. Tajuk yang ingin saya katakan ini adalah satu tajuk yang memang sering ditanya oleh orang kafir selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW sehinggalah sekarang. Sewaktu Nabi Muhammad SAW wafat, telah sempurna ISlam Islam itu. Maka, semua persolan dan keraguan tentang Islam, pasti akan ada jawapannya. hanya ilmu di dada sebagai penentu, jawapan apa yang perlu diberi bagi membidas kembali persoalan dan keraguan yang sengaja ditimbulkan oleh orang bukan Islam pada orang Islam. Ada di antara mereka yang bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana mereka hendak membuatkan orang Islam yang ilmu hanya ala kadar berasa was-was dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was-was dengan gama yang dianutinya. Nauzubillah. Soalan yang ditanyakan di bawah, sebenarnya memang benar-benar pernah ditanya oleh orang bukan Islam secara spontan kepada orang bukan Islam. Jadi jawapan yang disampaikan di bawah ini diharap dapat membantu membidas persoalan tersebut.

 1. Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam al-Quran, tetapi beberapa kali nama nabi Muhammad saw disebut dalam al-Quran
Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam al-Quran, manakala nama nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada NAbi Muhammad saw, sebab itu nama nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nambi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

 2. Nama Nabi Isa lebih hanya disebut daripada nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran. Tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
Dalam Bible, nama syaitan lebih banyak disebut berbanding nama Nabi Isa. Jadi, adakah sayitan lebih hebat daripada Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan Nabi dan RasulNya. Walau bagaimanapun, Allah itu Maha Mengetahui.

 3. Dalam ISlam percaya yang NAbi ISa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja Nabi Isa itu tuhan kan?
Dalam banyak-banyak kaum, hanya kaum nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga ada menyatakan bahawa Jesus (NAbi ISa) berkata :Siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka". (Kitab Injil yang menjadi rujukan penganut ajaran Kristian sekarang ini sebenarnya telah dimanipulasi isi kandungannya).

 4. Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?
Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Contohnya, jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulung masih hidup, anak sulung tetap kekal pangkatnya sebagai anak sulung.

 5. Nabi Isa as disembah sebagai anak tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa antara ibu dan anak, mana lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak menyembah Mariam saja? bukankah Mariam itu ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam merupakan manusia pertama juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga. Jadi, kenapa tidak disembah Adam saja?

 6. Jika membaca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'kami'. Kenapa? Bukankah maksud 'Kami' itu mewakili Tuhan+Mariam+Anak Tuhan (Isa)
al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. 'Aku' jamaknya 'Kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya'. Bukankah Queen Elizabeth ketika bertitah, beliau guna 'We' dan 'I'?

 7. Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? bukankah rambut itu anugerah Tuhan yang perlu disimpan?
Kita jawab soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

 8. Sami Buddha vegetarian bertanya, kenapa Islam disuruh membunuh binatang untuk dimakan? Bukankah itu zalim kerana membunuh hidupan bernyawa?
Sains telah membuktikan bahawa sayur dan pokok turut mempunyai nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ada banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Apabila kita membunuh (sembelih) seekor lembu, sebenarnya kita telah menyelamatkan banyak nyawa manusia daripada mati kelaparan.

 9. Sami Buddha menjawab "Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar"
Habis tu, adakah kita cuma berdosa kecil jika membunuh orang yang pekak, buta dan bisu hanya kerana dia tidak ada deria?

 10. Sami Buddha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik"
Jadi makanlah ekor cicak kerana ekor cicak boleh tumbuh balik.

 11. Sami Buddha berkata lagi "Makan binatang akan dapat banyak penyakit"
Sebenarnya, penyakit datang kerana kita banyak makan. Bukan kerana makan binatang. allah suruh makan secara sederhana. Nabi juga suruh berhenti makan sebelum kenyang. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia akan binatang dan sayuran. Bukankah tembakau dan ganja itu berasal dari tumbuhan? Lagi besar penyakitnya. Lembu yang ragut rumput hari-hari pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kisah pun kalu kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan.

 12. Kan Babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?
Sebab bukan semua ciptaan Allah untuk dimakan. Jika begitu, batu dan kaju juga ciptaan Allah. Manusia pun ciptaan Allah. Nak jadi Kanibal?

13. Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari-hari sembah Kaabah.
Islam bukan sembah kaabah. Tapi kaabah itu adlah kiblat untuk menyatukan umat Islam. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam sembah Allah, kaabah cuma kiblat. Ada bezanya. Bukti, orang yang sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindu tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar Kaabah di sejadah. Jika ada sepanduk gambar kaabah direntangkan di KLCC sekalipun, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah, Bukan sembah Kaabah!

 14. Kenapa perlu ikut Nabi Muhammad saw? NAbi dan Rasul sebelum baginda sesatkah?
Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum sepanjang zaman.

 15. apakah bukti yang Allah itu wujud? Mana Allah? Tak nampak pun
Tampar beliau!!! Kemudian cakap, sakit itu wujud dan boleh dirasa, tapi adakah kita nampak sakit itu? Begitu juga kewujudan Allah. Allah itu wujud dan kita boleh rasa nikmat pemberian-Nya, tapi kita tak boleh nampak Allah.

 Sekian, #peacenowar... :)

Pesanan saya untuk menjadi insan berguna di dunia ini, bacalah buku. Saya cuma beli buku dari satu tempat ini saja sebab harga dia murah. So kalau nak beli, click la link yang saya telah attach dia bawah ini.





No comments:

Post a Comment