Sunday 23 December 2012

Gerakan Zionisme Mengancam Umat Islam - Pengenalan


Isu Palestin dan gerakan Zionisme adalah satu isu yang sangat penting untuk dikaji dan difahami oleh semua individu Muslim kerana ia melibatkan masa depan Islam itu sendiri.

baitulmaqdis dan Palestin mempunyai nilai yang tersendiri dalam sejarah Islam sebagai kiblat pertama umat Islam dan juga Tanah Suci (Haram) yang ketiga selepas MasjidilHAram di Mekah dan Masjid al-Nabawi di Madinah. Di samping itu, ia juga adalah tempat tinggal kebanyakan para nabi dan rasul terdahulu.

Justeru, sudah tentulah menjadi satu kewajipan kepada umat Islam agar kesucian dan kohormatan Masjid Al-Aqsa sentiasa terpelihara daripada tangan-tangan musuh yang cuba merosakkan Islam.

Zionisme telah mengancam ketuanan Islam terhadap Baitulmaqdis apabila ia telah merampas hak milik mutlak Islam iaitu Tanah Palestin secara zalim dan kejam. Di samping itu, Zionisme juga menindas anak watan Baitulmaqdis yang terdiri daripada umat Islam dan Kristian.



Gerakan Zionis yang bersifat politik bermula pada 1898 dan gerakan itu mempunyai ciri-ciri yang membezakannya dengan gerakan Zionis keagamaan (bukan politik).

Zionisme telah bermula sejak pengusiran Babylon dan mengalami perkembangan dan kematangan dari semasa ke semasa.

Peringkat pertama
     Zionisme pada peringkat ini tidak lebih dari sekadar idea-idea yang dibuat oleh pendeta bangsa Yahudi untuk memulihkan maruah mereka yang merosot selepas ditawan oleh Empayar Babylon. Ia tidak lebih dari sekadar satu escapism bagi menjaga ego sebagai pilihan Tuhan.

Peringkat kedua
     Ia bermula pada akhir kurun ke-17 dan masih merupakan ideologi tetapi gerakan ini telah maju setapak lagi apabila memperjuangkan reformasi dalam kebudayaan dan agama bangsa Yahudi.

Peringkat ketiga
     Gerakan ini telah mengambil bentuk politik dan kenegaraan sejak 1896. Istilah Zionisme beerti gerakan politik. Idea ini bukanlah berasal daripada agama bangsa Yahudi tetapi daripada semangat bangsa Eropah yang mahukan 'satu bangsa, satu kaum'.

Peringkat keempat
     Bermula sejak bangsa Yahudi mengisytiharkan kemerdekaan secara sepihak pada 14 Mei 1948. Negara Israel telah mendapat pengiktirafan de facto daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dengan sokongan Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat.

Sebenarnya, kewujudan negara Israel adalah idea Eropah yang berkembang dengan imperialisme Eropah untuk mencapai dua matlamat:

1. Membersihkan Eropah daripada bangsa Yahudi yang dianggap sampah manusia.
2. Merosakkan ketamadunan Arab dan Islam, mendirikan pengawas imperialis tentera pada masa akan datang dan juga menyemai barah untuk mencegah kesatuan dan kebangkitan Arab dan umat Islam juga memastikan mereka sentiasa tunduk kepada Eropah.

Dari segi bangsa Yahudi pula, mereka menerima idea Zionisme dan bersegera untuk mencapai matlamat negara Israel yang ingin mendirikan tanah air yang aman bagi bangsa Yahudi, selepas mereka ditindas berterusan khususnya di Eropah akibat perangai buruk mereka sendiri. Dengan itu, bergabunglah dua cita-cita untuk mendirikan negara Israel.

Bersambung....

sekian, #peacenowar...

Pesanan saya untuk menjadi insan berguna di dunia ini, bacalah buku. Saya cuma beli buku dari satu tempat ini saja sebab harga dia murah. So kalau nak beli, click la link yang saya telah attach dia bawah ini.





No comments:

Post a Comment