Saturday 22 December 2012

Israel Usaha Jalin Hubungan Diplomatik Dengan Indonesia


Assalamualaikum dan slam sejahtera kepada para pembaca blog Fikri Roslan yang dirahmati Allah. Artikel kali ini bukanlah satu perkara yang main-main malah benar mengikut sejarah bulan Disember 2012 ini.

Israel meneruskan usaha intensif untuk menjalinkan hubungan diplomatik Indonesia. Beberapa kempen dilakukan oleh Israel dan satu daripadanya dengan menjemput tokoh Indonesia ke negara Zionis itu. Facebook Israel berbahasa Indoenesia memaparkan berita yang dipetik daripada Israel National News menegenai kunjungan lima tokoh Indonesia ke Israel.

Facebook itu turut memaparkan berita mengenai pakar Neurologi dari Universiti Hassanudin Makassar, Andi Ansadul Islam menghadiri acara pembukaan seminar di Hospital Rambam Haifa, Israel. Ia memetik Andi sebagai berkata: " Dalam kursus ini, kita dapat belajar bagaimana membangunkan sebuah sistem untuk operasi dalam keadaan kecemasan dan kemalangan melibatkan mangsa yang ramai."

Selain menghadiri kursus, Andi dan peserta dari Indonesia yang lain juga dibawa melawat ke tempat tarikan pelancong, antaranya, Yad Vashem dan tempat lain di BaitulmaqdisNazaret, Yafo, Akko dan zichron Yaakov.

" Sebagai seorang Islam saya tertarik dengan lokasi Islam di Baitulmaqdis," kata Andi. Ia antara propaganda yang diletak di akaun Facebook Israel berbahasa Indonesia. Selain menyebut nama beberapa tokoh negara ini, ia turut memaparkan propaganda negatif terhadap Palestin.

Sekian, #peacenowar......

Pesanan saya untuk menjadi insan berguna di dunia ini, bacalah buku. Saya cuma beli buku dari satu tempat ini saja sebab harga dia murah. So kalau nak beli, click la link yang saya telah attach dia bawah ini.





No comments:

Post a Comment