Friday 21 December 2012

Kepimpinan Islam

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tajuk yang suka didengar oleh penggemar politik boleh dibaca di sini yakni kepimpinan dalam Islam. Artikel ini mungkin agak pedas untuk dibaca memandangkan ini adalah berkaitan politik. Saya bukannya tidak sedar bahawa saya merupakan seorang pelajar yang masih belajar di peringkat sekolah menengah. Malah saya baru tingkatan lima pada tahun 2013. Namun, saya seorang Islam yang mempunyai tanggungjawab dalam menyuarakan pendapat dan perihal saya. Maaf kepada pemimpin-pemimpin yang membaca ini. Pertama sekali, apakah yang dimaksudkan dengan Islam. Islam bermaksud sejahtera yang mencakupi semua perkara. Malah percaya atau tidak, mandi pun ada caranya dan melakukan hubungan suami isteri pun ada caranya. Tidak terkecuali juga dalam hal ehwal pentadbiran.
Menyingkap piagam Madinah seperti gambar di atas, kita semua boleh mencontohi pemimpin kita yang paling agung. siapa yang tidak kenal bahawa Nabi Muhammad S.A.W. merupakan manusia yang terpintar serta terhebat di dunia. Baginda tidak mendapat pendidikan formal di usia yang kecil namun beliau berjaya membawa syiar Islam ke seluruh tanah Arab semasa di Madinah shinggalah ke seluruh dunia sehingga ke hari ini. Apapun, pentadbiran Islam di dunia seba moden dengan teknologi canggih ini kurang diamalkan di seluruh dunia apatah lagi negara Islam. Bukan hendak mengata tetapi itu adalah fakta yang tidak boleh disangkal. apa yang perlu kita takutkan. Mengapa zaman Khalifah boleh mengamalkan undang-undang Islam? Di Asia Tenggara terletaknya tiga buah negara Islam iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei. Saya tidak ingin berkata mengenai negara di timur tengah hanya di Asia Tenggara sahaja. Malaysia
sebuah negara Islam yang telah mengecapi kemerdekaan semenjak 31 Ogos 1957. Tahun yang agak gemilang bagi negara ini dan seluruh dunia kerana Rusia pada masa itu memulakan ekspidisi angkasa lepas pertama di dunia. Berbalik kepada cerita asal, Malaysia mendapat nama pada 16 September 1963 selepas bergabung dengan Sabah, Sarawak dan Singapura. Namun, malangnya Singapura keluar dari Malaysia pada tahun 1965. Cerita yang menarik namun apa kaitan dengan perundangan Islam? Begini, setelah lebih 50 tahun Malaysia merdeka namun undang-undang Islam kurang dipakai di negara ini. Undang-undang Islam ada tetapi terlalu sedikit. Kebanyakan undang-undang Islam yang digunakan pakai adalah berkaita dengan keluarga, harta dan masalah-masalah yang kecil. Mungkin ada sediki kesilapan, namun itulah gunanya ruang komen. Undang-undang Malaysia banyak menggunakan undang-undang yang serupa dengan undang-undang British. Memandangkan Malaysia merupakan bekas tanah jajahan British yang boleh kata agak terkenal. Sistem kewangan ISlam mula digunakan pada 1994 yang boeh dikatakan agak terlewat untuk dilaksanakan kerana berlaku krisis ekonomi pada 1997. Sistem perundangan Malaysia menggunakan Sistem Perundangan Westminister di United Kingdom. Ada sebuah parti politik Islam di Malaysia iaitu Parti Se-Islam Malaysia (PAS). Kenapa dengan parti ini? Begini pada tahun 2011 parti ini mencadangkan konsep negara kebajikan dan tahun 2012 Hudud. Namun, ditentang oleh Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Democratic Action Party (DAP) di bawah pimpinan Karpal Singh tetapi PArti Keadilan Rakyat (PKR) mendiamkan diri. Oleh yang demikian tidak dapat dilaksanakan. Sekarang, perjuangan mereka diteruskan walaupun ditentang dan akan melihat sama ada rakayat akan menyokonh mereka pada pilihanraya umum nanti. Begitu lah.... Perdana Menteri Malaysia kata bahawa hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini kerana pelbagai kaum ada di Malaysia. Saya sebagai umat Islam ingin berkata bahawa, tidak kira sama ada negara itu ada orang lain ke apa, tetapi Islam mesti diutamakan. Saya tidak ingin mengulas lebih lanjut mengenai negara ini. Saya ingin terus kepada Brunei. Brunei
Negara Islam yang berharga di Asia Tenggara kerana mempunyai rizab minyak yang terbesar di Asia tenggara sehingga Sutannya, Sultan Hassanal Bolkiah dikatakan menduduki temat kedua dalam raja paling kaya di dunia. Brunei satu-satunya negara Islam di Asia tenggara yang mengamalkan undang-undang Syariah. 99 peratus ya.. saya pun tidak tahu sangat mengenai negara ini tetapi saya sangat suka akan gaya hidupnya. arak tidak dibenarkan di negara ini malah tiada pub atau pusat hiburan di negara ini. Surau berada di mana-mana termasuk di dalam bangunan. Semua aktiviti mesti dihentikan selama 15 minit apabila masuk waktu solat fardu bagi memberi peluang untuk kita menunaikan solat. Jadi, tiada alasan untuk tidak solat. Sekian, #peacenowar...

No comments:

Post a Comment